Monday, March 7, 2016

Best Food n Must Try Bila Ke Cameron Highland!

Jauh plak p carik tempat food sedap sampai ke Cameron Highland tu. Kalo nak citer best places nak p ke Cameron Highland confirm la semua tempat best kat atas tu. Jadikkkk meh story pasal Food Hunting ke Cameron Highland!

Haruslaaaaa carik strawbery kan? Mitosnya strawberry kat atas nie manis, biler dah turun dari CH jadik masam. Bley pakai ker kenyataan nie? Of coz laaaa biler baru petik rasa sedap dah peram 2/3 ari tunggu balik umah rasanya dah tak fresh. Tapi cecah ngan coklat syrup hersheys sedap je jadiknya.

Ha gigih memetik strawberry
Ok kos memetik 500 gram strawberry nie (anggar2 banyak tue) RM25 di Big Red Strawbery. Yup agak mahal compare ngan strawbery dah siap packing kat Kea Farm n Pasooo Malam which is much more cheaper. Paling kurang RM25 for 1.5kg... kalo pandai tawar menawar bley dapat per tray without packing RM25 for 2.5kg kot! Jangan lupa bawak tupperware sendiri n pepandai la menawar nanti.

Besar-besar n merah-merah kan?
Walaupun mahal.... berbaloi laaa merasa memetik strawbery di ladang kan? Mahal sebab depa dah kira dah kos2 korang termerasa + termakan + terpijak + terpetik strawbery muda. So x per la sesekali x berjimat untuk merasai pengalaman memetik strawbery. Blakag umah korang tak der kan pokok strawberry.


Strawberry kena pandai pilih yang segar, besar n penawaran terhebat! Kea Farm or Pasoo Malam much more cheaper.
Big Red Strawbery farm nie suggest la untuk memetik sebab dah 2 kali p strawberynya tidak menghampakan, besar n merah2 lagik pun kawasan luas n cantik untuk bergambo. Atas tue ada cafe to serve food berteraskan strawbery!

Strawberry Cheese Cake!
Waffle Strawberry + Hasil Petikan
Dah ke ladang strawberry pastinya ke ladang teh plak. Rugi laaaa wei datang dari jauh x mengeteh kat sini. Ada 2 jenama teh terkenal sini, Boh dan Bharat Tea Cameron Valley. Dua2 must go ok!

Sangat aman damai lelagi pagi-pagi sangat sejukkkk
Kat Boh Tea Centre nie view memang lawa, datang awal pagi sebab dapat hirup udara segar. Teh kat sini memang terbaik. Kalo ari minggu sedap makan ngan nasik lemak, tapi kalo datang weekdays, they serve breakfast ringan2 jer. Tapi Must Try Strawberry Tart @ Price RM4. Sedap meleleh n panas ag Strawberry Filling tu. X cukup satu.

Nampak x filling yang meleleh tue? Sila order 2 
Nampak x botol putih tiap meja tu? bukan mayonnaise tau, tapi sugar kalo nak add sekiranya kurang manis.

Kalo kat Bharat Tea Cameron Valley, view ok laaaa , cantek n kalo laaaaa rajin bley turun kat bawah. Bawah tue ada jambatan cantek n mini air terjun bley bergambo. Tapi jangan lupa ngeteh ke sini plak. Ada 2 pit stop yang berdekatan n pemandangan yang berlainan. Singgah wajib. Tapi nak ngeteh sukahati la nak view yang mana satu. Yang nie tepi jalan utama je nak naik ke Cameron. X macam Boh kena masuk kedalam n jalan sempit.


Pit Stop ke 2 untuk Bharat Tea Cameron Valley

Pemandangan Kebun Tea
Fefeling mengeteh ngadap ladang teh!
Satu ag yang sinonim ngan CH mestilahhhh... Scone!!! Walaupun ada jer scone kat sini tapi biler dah naik sampai kat CH, x pekena scone memang tak sah! Lagik special sebab they serve sekali ngan strawberry jem fresh dari ladang n paling penting makan di ladang strawberry ngan udara nyaman2 gitue. Like engelish style pepagi sarapan scone! hehehehe

Ha nampak x kalo p kat KHM Strawbery Park, Taman Sedia nie. They serve satu tray 4 Scone + Cream Cheese + Fresh Strawbery Jam + Complimentary Tea (Strawbery Tea) Seteko kot @ Price baru RM17. 
Kan Feel lain tu makan scone latar belakang ladang strawberry. 
Kat tempat lain pun they serve scone tapi most jual range rege RM3 - 5 per scone. N kadang serve tanpa cream cheese. So kat sini juz perfect. Semua complete! Sukaaaaaaaaaa sangat!

Balik tue jangan lupa beli acar strawberry @ Price RM10 n jem strawbery @ Price RM7. Acar tue sangat recomended sebab sangat laaaa sedap. cam acar umah kenduri kawin plak!

Masih di ladang strawberry, now titew try Opah muffin, ice cream n pudding semua pada harga RM2 sahaja. Katanya kalo pergi pagi, wangi n menusuk kalbu bau muffin panas2 baru siap dari oven opah. Tapi kalo p petang depa dok perangat jer kat dalam microwave tapi memang sedap wat2 feeling makan muffin + ice cream yang atas ada filling strawbery memang umphhhhh balik tu titew siap tapau ag tue pudding strawbery. 


Muffin + Es Krem Strawberry yummy
Kat mana2 farm pun ada jual es krem malaysia, beli la buat hilang haus menapak kat ladang yang maha besar. Sedap manis. Doluuuu2 rm1 la nie dah RM1.20 ehh ke RM1.50??

Ice Cream Malaysia
Peringatan silaaaa la jangan order eskrem lavender nie. Rasanya memang tak ley terima deq tekak. Ada dua size yang nie besar RM6 manakan kecil RM3. Tapi motifnya nak gambokan ngan pokok lavender jer tu. Kalo tau memang 1000x beli eskrem yam! sedap kot yam!!!


Lavender Ice Cream latarbelakang Mona Lavender gitewwww
Hokkaido Ice Cream nama sebenarnya. Rasa aaaa aaaa bley pening!
Untuk makan malam, sini tak banyak restauran untuk makan malam yang menarik. Tapi lots of Restauran Steamboat di kiri n kanan jalan, sesuai ngan cuaca dingin membeku (aceh bajet cam oversea sangat).

Cubaan bersteamboat di Hotel titiwangsa pada harga RM20 per paxx. Cehhh ingatkan free flow buffet style, rupanya depa dah siap2 set for 2 utk ayam, sotong, udang,fillet fish, telur n pelbagai bebola. Yang free flownya adalah dedaun sayuran, yee mee dll. x puas oiiiiii ye la kalo badan kecik cam titew pun x puas makan inikan yang .... hahahhaha

Kanan tu pakej x free flow. Sayue n Mee tu free flow tapi sayur soo limited x pelbagai.
Abaikan muka kelaparan, teruja jumpa makanan panas di kala dingin memalam
Nak puas? Haaaa jum Steamboat n bbq sendirian berhad. Sediakan alat jer n perap ayam tu sesiap. Kalo malas nak perap ayam bley beli kat Giant RTC Gopeng. Kat situ dah ada dah ayam perap. Wink... Wink... 

Haaaa nampak x sayurnya pelbagai, ayam plak puas makan kot! 

Selonggok baru la RM10, ada gak yang 8 jenis sayur Rm10 gak.
Sayur-sayuran boleh membeli kat Kea Farm. Ha sebakul rm10 jer atau jalan-jalan ag dapat 8 jenis sayuran pada rege RM10. Murahhhh kaw yet soooo segar sayur-sayurannya. Jimat la kalo datang 5 orang nak makan steamboat RM100 dah. Kan? Yang paling best puas hati, makan banyak, nice view, makan sambil tergolek berbaring depan TV pun boleh!


Makan sayur segar sambil berview kan ladang sayur 
Ok untuk option makan malam, boleh la makan malam di Nik Ikan Bakar, kedainya terperosok ke dalam skit. Hampir-hampir x nampak. Ok landmarknya is, korang kena laaaa carik Balai Bomba Brinchang. Depan tu ada masjid, ha blakang masjid tu la kedainya. Sangat meriah n ramai orang. Ye ala dingin2 selain steamboat layan ikan bakar pun sodap gak kan? Boleh try la sebab ada rasa, tapi harga boleh laaaa harga tanah tinggi kan?


Ikan siakap sampai lambat, so x der gambo
Ok dinner here for 5 Pax, Tomyam Ayam + Udang Goreng Tepung + Sotong Goreng Tepung + Siakap 3 Rasa + Kailan Ikan Masin + Telur Dada @ RM105.00. Ramai orang gak dinner sini, walau bukan peak season, pebuh kedainya. Inikan kalo datang waktu peak season.

Oppps lupa untuk option makan tengahari bolehla try Nasik Campur di Food Court di Brinchang. Nama kedai lupa plak, tapi belah ujung jer tue. Ok not bad makanannya. 


Semua sepakat makan ayam goreng
Haaaa, kalo x nak nasik campur, nak yang ala-ala goreng-goreng tu bley cuba di Thai food Restauran Idaman Aikaa. Jangan lupa order air yogurt strawberry, sedap. 

Lokasinya betul-betul bertentangan dengan Brinchang Food Court tu
Nasik Goreng Kg + Nasi Goreng Ayam Kunyit + Tomyam Ayam.
Last sekali, sebelum balik moh ler bersopping sayuran, buah-buahan, strawberry, souvenier, teh dan lollipop strawbery kat Kea Farm. Pokok bunga pun ada jual tau!

Kea Garden @ Kea Farm
Faveret is Teh Strawberry @ price RM7

Bebelan Lidiasuraya :  We take photo as a return ticket to a moment otherwise its gone. Collect Moment Not Things. 

2 people luv this entry:

♥ aiNa yaZiD ♥ said... [Reply to comment]

wahh menarik. Jujur nya lama sangat aina tak ke CH. Mood bercuti terus turn on tau bila baca entry ni. hehehe =)

LidiaSuraya said... [Reply to comment]

Hehehehe p la bercuti hilang2kn stress